Nurul Ashikin

We Fall, We Break,We Fail but then We Rise,We Heal,We Overcome


Sunday, April 22, 2018

Sulaman Tangan | Hand embroidery

Assalamualaikum Gais



Pada zaman mak mak kita dulu sulaman menjadi hobi kaum wanita untuk mengisi masa senggang dorang. Kalau tengok perhiasan di rumah mereka mesti ada hasil buatan sendiri (handmade) umpamanya alas meja,hiasan pada pakaian,selimut, sarung bantal etc. Namun kini ianya semakin dilupakan dan semakin dipinggirkan oleh masyarakat moden.Tak ramai girls or mak2 moden yg meneruskan hobi yang berkait dengan seni kraf sulaman which is sis panggil ia as craft work.



Sis adalah diantara penggemar seni kraf sulaman sama ada sulaman tangan (hand embroidery) mahupun sulaman mesin (machine embroidery). Rasa tenang ja dapat lihat seni sulaman. Lagi tenang kalau sis yg hasilkan sendiri. Serius best sangat-- sebab ianya sangat unit. Negara Barat sendiri mengangkat sulaman benang sebagai seni kraftangan yang mempunyai estetika dan nilai yang tinggi. Begitu juga dengan Jepun yang begitu mencintai seni sulaman tangan.




Seni sulaman tangan adalah seni persembahan reka bentuk kreatif yang menggunakan tangan yang sebenarnya telah lama bertapak dalam kehidupan manusia sejak manusia mula mengenakan pakaian. Tewww lama betul seni sulaman tangan telah berada dalam masyarakat manusia.






Video youtube ni meraih sebanyak 369,263 tontonan dan memiliki 971K subscribers. Yoooo banyaknya dia punya follower. So korang ada masa belajar la seni jahitan benang or sulaman tangan ni... so dapat kan korang hias rumah sendiri dengan hasil jahitan korang nantikan.


Jom kita hidupkan kembali tradisi zaman dahulu kala .Mungkin ketika zaman kanak-kanak korang pernah saksikan mak atau nenek kita menghabiskan masa lapang dorang melakukan aktiviti kraf. Nampak cantik ja kan hasif kraftangan yang dihasil ketika tu. Yalahkan nak beli mungkin mahal


Dengan menghasilkan sendiri selain dapat menjimatkan kos dapatlah mereka melihat suami dan anak-anak menyarung pakaian yang mereka hasilkan. Selain itu meraka dapat menghias rumah dengan hasil seni yang dihasilkan sendiri. Ia lebih mendatangkan kepuasan bukan?


Thanks tau sudi baca sharing sis

jangan lupa drop komen korang pasal seni sulaman tangan yaaa


Regards

NURUL ASHIKIN

22042018


No comments:

COPYRIGHT RESERVED 2020 NURUL ASHIKIN