Nurul Ashikin

We Fall, We Break,We Fail but then We Rise,We Heal,We Overcome


ABOUT WRITER

Assalamualaikum semua 💗

Selamat datang ke blog saya dear readers. Saya harapkan isi kandungan blog ini memberi manfaat kepada anda semua.InsyaaAllah  isi kandungan blog ini semua yang baik-baik dan akan menjadi ibadah yang akan mengalirkan pahala yang berterusan buat saya untuk bekalan saya di alam sana kelak.



 Beberapa tahun sebelum ini saya pernah mempunyai blog tetapi saya menjadi "deactive" kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuk kesibukan sebagai seorang siswi . InsyaaALLAH cuma tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum saya menduduki peperiksaan akhir di universiti dan menamatkan pengajian seterusnya menanggal gelaran yang saya sandang sbg seorang PELAJAR. 😊


Banyak hal yang saya ingin lakukan usai tugas saya sebagai pelajar kelak. Salah satunya adalah saya ingin menulis tentang pelbagai perkara termasuklah berkongsi tentang ilmu pendidikan yang saya miliki. Walaupun bukanlah guru yang hebat namun saya tetap ingin menyumbangkan ilmu tersebut untuk kegunaan sesiapapa sahaja yang memerlukannya khususnya para pelajar yang berada dibangku sekolah rendah

Dalam Blog ini saya ingin kongsikan cerita tentang hobi, aktiviti harian yang menarik, tentang kucing dan impian memiliki perniagaan sendiri setidak tidaknya sebagai peniaga online. InsyaaALLAH saya harapkan cita-cita kecil saya akan terlaksana kelak (doakan saya ya)

Saya memilih untuk menulis secara santai dan tidak terlalu berat untuk dibaca oleh pembaca2 diluar sana. InsyaaALLAH semoga anak saya dapat membaca tulis umminya ini apabila ia besar kelak aaamin.


regards 
Nurul Ashikin
06032018

No comments:

COPYRIGHT RESERVED 2020 NURUL ASHIKIN