Nurul Ashikin

We Fall, We Break,We Fail but then We Rise,We Heal,We Overcome


Sunday, February 9, 2020

Interaksi Antara Haiwan | Sains Tahun 6 | UPSR






Assalamualaikum semua

Topik pada kali ini ialah Tenaga | Sains Tahun 5. Kamu digalakkan 

  • Membaca nota, 
  • Menonton video pdpc, 
  • Menjawab soalan
Kamu boleh tinggalkan jawapan pada komen. Sertakan nama penuh dan alamat email supaya cikgu boleh menyemak jawapan kamu dan menghantar kembali kepada kamu.
Harapan cikgu kamu akan lebih faham dan jelas dengan topik ini. Sekian selamat belajar 





Interaksi ialah 


perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain




Terdapat 2 bentuk interaksi yang berlaku pada haiwan-haiwan tersebut iaitu
☆ Kerjasama
☆ Persaingan



Interaksi terbahagi kepada 2 jenis iaitu 
🍰 Intraspesies
🍰 Interspesies

Intraspesies
Interaksi yang berlaku antara spesies yang sama jenis


Interspesies
Interaksi yang berlaku antara spesies yang berlainan jenis

Contoh intraspesies - kerjasama dan persaingan
🐾Kucing bersaing untuk merebut pasangan pada musim mengawan
🐾Semut bekerjasama untuk mencari makanan


🐾Kerbau bekerjasama melawan musuh
🐾Harimau bersaing merebut kawasan

Contoh Interspesies- kerjasama dan persaingan
🐾Gajah dan zirafah bersaing untuk mendapatkan sumber air
🐾Burung bangau dan kerbau bekerjasama untuk mendapatkan makanan 
Burung bangau membersihkan badan kerbau dengan memakan serangga yang terdapat pada badan kerbau manakala kerbau pula melindungi burung bangau daripada musuh
🐾Ular dan helang bersaing untuk mendapatkan makanan
🐾 Antelop dan babun bekerjasama untuk mengesan kehadiran musuh
🐾Burung helang dan serigala bersaing untuk mendapatkan makanan
🐾Dubuk dan harimau bintang bersaing untuk mendapatkan makanan





Download Nota Interaksi Antara Haiwan

JAWAB SOALAN BERIKUT
1.Bulat jawapan yang betul




Apakah jenis interaksi dan bentuk interaksi yang berlaku dalam gambarajah di atas
a) Interspesies| Intraspesies
b) Persaingan| Kerjasama

2.Berikan 1 contoh nama haiwan intraspesies bersaing merebut makanan
________________________________________

3. Apakah bentuk interaksi yang dilakukan oleh sekumpulan semut?
____________________________________

4.

Apakah bentuk interaksi yang berlaku berdasarkan gambarajah di atas?
_____________________________________



Kamu telah sampai ke penghujung 
#kelasonlinecikgunurul komen jika kamu suka . Terima kasih kerana sudi meluangkan masa belajar secara santai di sini. Jangan lupa
  •  Follow blog cikgu
  • Like page Facebook - Bahan Pembelajaran Sekolah Rendah
  • Like dan share blog cikgu (facebook) - tanda like ada kat atas
  • Subscribe Youtube cikgu
  • Komen post cikgu - di bawah
Visitlah lagi blog cikgu, Terima kasih atas sokongan kamu


SELAMAT MAJU JAYA
Regards
NURUL ASHIKIN
09022020


No comments:

COPYRIGHT RESERVED 2020 NURUL ASHIKIN