Nurul Ashikin

We Fall, We Break,We Fail but then We Rise,We Heal,We Overcome


Thursday, April 2, 2020

TENAGA | Sains tahun 5





 Tenaga






Assalamualaikum semua

Topik pada kali ini ialah Tenaga | Sains Tahun 5. Kamu digalakkan

  • Membaca nota, 
  • Menonton video pdpc, 
  • Download nota untuk dicetak atau untuk rujukan pada masa akan datang.
  • Jawab soalan objektif dan subjektif (cikgu juga sediakan jawapan untuk rujukan) 

Harapan cikgu kamu akan lebih faham dan jelas dengan topik ini. Sekian selamat belajar 



SUMBER TENAGA

1.Matahari
2.Biojisim
3.Nuklear
4.Bateri
5.Air
6.Bahan api fosil
7.Ombak
8.Angin
9.Makanan







BENTUK TENAGA
Tenaga haba
⏳Dibebaskan oleh objek panas
⏳Tenaga yang memberi kepanasan

Tenaga cahaya
⏳Dapat dihasilkan daripada elektrik suria dan kimia
⏳Membolehkan kita melihat objek

Tenaga kimia
⏳Tersimpan dalam bahan api fosil,makanan,biojisim dan bateri

Tenaga elektrik
⏳Tenaga yang dibawa oleh arus elektrik yang mengalir

Tenaga nuklear
⏳Berasal daripada bahan nuklear
⏳Dihasilkan dalam reaktor nuklear

Tenaga Bunyi
⏳Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar

Tenaga suria
⏳Dibebaskan oleh matahari
⏳Memberikan tenaga cahaya dan tenaga haba
⏳Dapat menjana tenaga elektrik


Tenaga kinetik
⏳Tenaga yang ada pada objek yang bergetar


Tenaga keupayaan
⏳Tenaga yang ada pada sesuatu objek apabila berada pada kedudukan yang tinggi dimampatkan atau diregangkan


PERUBAHAN BENTUK TENAGA
⏳Tenaga boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain
⏳Berlaku apabila kita mengubahnya,menggunakannya atau disebabkan oleh sebarang peristiwa

Contoh Perubahan tenaga


Tenaga kimia ➡️ Tenaga cahaya+tenaga haba




  Tenaga elektrik ➡️ tenaga kinetik



TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI
⏳Ialah tenaga yang boleh dijana semula daripada sumber yang sentiasa ada
⏳Tenaga yang tidak akan habis
⏳Contoh matahari angin,ombak,air.makanan dan biojisim

TENAGA YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI
⏳Tenaga yang terhad dan akan habis jika digunakan berterusan
⏳Contoh Bahan api fosil, bateri dan bahan nuklear

BERHEMAH MENGGUNAKAN TENAGA
👩‍🎓Sumber tenaga yang paling banyak digunakan ialah bahan api fosil.
👩‍🎓Bahan api fosil digunakan untuk memasak,menggerakkan kenderaan dan menjana tenaga elektrik
👩‍🎓Andainya bahan api fosil habis digunakan akan menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia 
Oleh kerana itu kita hendaklah menggunakannya secara berhemah
👩‍🎓Langkah-langkah penjimatan yang boleh diambil ialah
       ❤Menutup suis elektrik yang tidak digunakan
       ❤Berkongsi kereta
       ❤Menggunakan pengangkutan awam
       ❤Menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian apabila
          muatan penuh
       ❤ Mengamalkan kitar semula dan  guna semula barang-barang 
          lama



Jawapan soalan objektif
27) C
28) A
29) D
30) D


Jawapan subjektif
a) Pembolehubah dimanipulasi - Jenis alat elektrik
b) Pembolehubah bergerakbalas - Tenaga elektrik yang diperlukan
c)Nyalaan mentol bertambah terang
d) Tenaga elektrik - tenaga haba


topik lain

GESERAN | SAINS TAHUN 6
TENAGA SAINS TAHUN 5
INTERAKSI ANTARA HAIWAN | SAINS TAHUN 6


Kamu telah sampai ke penghujung #kelasonlinecikgunurul komen jika kamu suka . Terima kasih kerana sudi meluangkan masa belajar secara santai di sini. Jangan lupa

  •  Follow blog cikgu
  • Like page Facebook - Bahan Pembelajaran Sekolah Rendah
  • Like dan share blog cikgu (facebook) - tanda like ada kat atas
  • Subscribe Youtube cikgu
  • Komen post cikgu - di bawah
Visitlah lagi blog cikgu, Terima kasih atas sokongan kamu


SELAMAT MAJU JAYA
Regards
NURUL ASHIKIN
02042020



Sumber

No comments:

COPYRIGHT RESERVED 2020 NURUL ASHIKIN