Nurul Ashikin

We Fall, We Break,We Fail but then We Rise,We Heal,We Overcome


Thursday, April 2, 2020

Daya | Sains Tahun 6


Assalamualaikum readers


Topik perbincangan : Daya | Sains Tahun 6

Jangan lupa baca nota,view video pdpc,download nota untuk rujukan ,download soalan. Jawapan juga disediakan








DAYA

MAKSUD DAYA
Tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek

DAYA TARIKAN
Daya yang menggerakkan objek mendekati kita


DAYA TOLAKAN
Daya yang menggerakkan objek menjauhi kita

CONTOH DAYA TOLAKAN
1.Menolak kereta sorong
2.menekan butang telefon
3.Bermain kasut roda


CONTOH DAYA TARIKAN
1.Memakai stokin
2.memancing
3.Mengambil tisu

CONTOH DAYA TOLAKAN DAN TARIKAN
1.Menggergaji kayu
2.Menebang pokok menggunakan kapak
3.Menyapu sampah




KESAN DAYA
1.Mengubah bentuk objek
2.Mengubah arah pergerakan objek
3.Memberhentikan objek
4.Menggerakkan objek pegun
5.Menambah atau mengurangkan kelajuan objek bergerak





Jom Bincang jawapan kepada soalan yang saya sharekan ini

halaman 1


2 Jenis Daya



  • Daya tolakan
  • Daya tarikan

Adakah daya boleh dilihat? Tidak


Adakah daya boleh dirasai? Ya


Aktiviti dan kesan daya



  1. Bermain tanah liat - daya mengubah bentuk objek
  2. Penjaga gol menangkap bola- daya memberhentikan objek
  3.  Bermain Kapal Layar- Daya menambah atau mengurangkan kelajuan objek bergerak
halaman 2-Latihan Tambahan

a) Tujuan - Untuk menyiasat hubungan antara tahun dan bilangan haiwan X
b) Pembolehubah yang dimanipulasi - Tahun
Pembolehubah bergerakbalas -Bilangan haiwan X
c) Inferens- Bilangan haiwan X semakin bertambah kerana kawasan tersebut telah diwartakan sebagai kawasan hutan simpan

halaman 3
a) Tujuan- Untuk menyiasat hubungan antara berat objek dan Kedalaman lekukan permukaan tanah liat
b)Pembolehubah yang dimalarkan-Ketinggian objek dilepaskan
c)Kesimpulan- Semakin bertambah berat sesuatu objek, semakin bertambah kedalaman lekukan permukaan tanah liat

halaman 4
a) Tujuan-untuk menyiasat hubungan antara jisim bahan dan daya yang diperlukan untuk mengangkat beban
b)Pembolehubah dimanipulasi-jisim bahan
Pembolehubah bergerak balas-daya yang diperlukan untuk mengangkat beban
c) Corak perubahan daya yang diperlukan untuk mengangkat beban-bertambah






Rujukan:
Buku nota  Jom Bijak Sains cetakan April 2010.
Penulis Ameer Firdaus Onn
 Penerbit Catalyst Trading




2 comments:

zainiroslan said...

Saya mohon izin guna kandungan blog ckg ni ya.

Unknown said...

Tq... Smga mendapat ganjaran

COPYRIGHT RESERVED 2020 NURUL ASHIKIN