Nurul Ashikin

We Fall, We Break,We Fail but then We Rise,We Heal,We Overcome


Friday, March 9, 2018

Petua Hilangkan Kahak Bayi Menggunakan Bawang Putih

Assalamualaikum readers


Menjadi kebiasaan ketika bayi berumur kurang daripada 2 tahun ,jika dihinggapi selsema dan batuk tiada ubat yang akan diberikan oleh pihak hospital. Begitu juga dengan farmasi. Mereka  tidak menjual ubat batuk untuk bayi


  • KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melarang penggunaan ubat batuk dan selsema sejak 2007

  • Bermula dari 2008  pihak farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA) sama sekali tidak membenarkan penggunaan ubat-ubatan untuk merawat batuk dan selsema unttk anak yang berumur kurang daripada 2 tahun


kenapa ya?


 Sebenarnya sistem tubuh bayi sangat sensitif.  kanak-kanak di bawah 6 tahun juga tidak disyorkan mengambil ubat batuk dan selsema kecuali dipreskripsikan oleh doktor.

Seorang ahli Farmasi yang bernama Mark Chong
menyatakan bahawa tiada bukti kukuh pemberian ubat-ubatan mampu menyembuhkan demam atau selsema untuk kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun. (sumber - Artikel oleh Malaysia Medical Gazette)

Penggunaan ubat batuK dan selsema kepada bayi yang berumur kurang daripada 2 tahun cuma mampu mengawal simpton yang dialami sahaja



so mommy harus mencari ubat alternatif. Time ni mommy akan google internet dan tercari-cari ubat ubatan yang dijual oleh seller yang bukan farmaseutikal. Kebanyakan seller akan menggunakan bahan semulajadi sebagai ramuan utama ubat-ubatan tersebut. Contohnya Bawang putih yang dijadikan ubat sapu untuk mengurangkan batuk dan selsema anak mereka. Nasihat admin jika penggunaan ubat tradisional ini tidak berkesan, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor. Mereka ada cara merawat anak kita contohnya sedut kahak etc.




 so mommy check it out 
bahan-bahan











cara-caranya
  1. Bakar bawang putih bersama dengan kulitnya. Kemudian buang kulit bawang, lenyek atau hancurkan bawang tersebut
  2. Halia dipotong nipis-nipis 
  3. Campurkan bahan tadi dengan minyak zaiton. Sapukan minyak tersebut pada dada.hidung dan tapak kaki bayi anda. lakukan sekerap mungkin sehingga tiada kagi bunyi kahak pada dada bayi anda.

Kita sedia maklum baby is so vulnerable... so sensitive... mommy tersangatlah bimbang bila anak2 dorang yang berumur kurang daripada 2 tahun batuk or demam. Mulalah mencari macam petua dan ubat tradisional as a back up or penawar untuk anak kecil. Bertambah gelisah bila baby mula bernafas tak sekata pada waktu malam. Tidur pun akan tergangu. Boleh jadi mak-mak  sampai tak tidur malam berjaga untuk pastikan baby dorang ok dan dalam condition yang tak bahaya. Allah saja yang tahu betapa resah dan bimbang if anak kecil tak sihat. So korang kena simpan petua ni so that tahu buat apa jika anak kecil kurang sihat.

Semoga sedikit sebanyak sharing ini akan bantu mommy menghadapi hari-hari yang sukar. Ok sampai disini saja dulu 

jumpa lagi

wasalam

Regards
Nurul Ashikin 
099032020

2 comments:

Hans Hanis said...

wah
petua yang menarik
terima kasih atas perkongsian yang bagus nih

Pesot said...

bolah try ni kt Furqan...

COPYRIGHT RESERVED 2020 NURUL ASHIKIN