Assalamualaikum semua
Hai Welcome to kelas online Cikgu Nurul
😁Pada kali ini kita mempelajari tajuk kelajuan
Apa itu kelajuan?🤔
Kelajuan melibatkan jarak dan masa
Unit bagi kelajuan ialah
❤ cm per saat
❤ meter per saat
❤ km per jam
Kelajuan Ialah ukuran cepat atau lambat sesuatu objek bergerak dari satu tempat ke yang lain
Objek yang laju bergerak lebih cepat manakala objek yang perlahan bergerak lebih lambat
Unit kelajuan
10mm=1cm
100cm= 1m
1000m=1km
60 saat=1minit
60 minit = 1 jam
24 jam= 1 hari
Sentimeter per saat - cm/s
Meter per saat - m/s
Kilometer per jam- km/j
Formula Kelajuan
Kelajuan= Jarak/masa
🚀 Kelajuan kura-kura adalah sangat perlahan kura-kura hanya bergerak sejauh 7.8 cm dalam masa 1 saat
Unit kelajuan yang digunakan untuk mengukur pergerakan kura-kura ialah cm per saat
🚀 Seorang pelari pecut berlari sejauh 100 meter dalam masa 8.9 saat
Unit kelajuan yang digunakan untuk mengukur kelajuan pelari pecut ialah meter per saat
Hubungan antara kelajuan dengan jarak
Kelajuan mempunyai kaitan dengan jarak yang dilalui dan tempoh masa yang diambil oleh suatu objek bergerak
Objek yang bergerak lebih laju akan bergerak lebih jauh tempoh masa yang tertentu
Contohnya
🤔 Siput bergerak sejauh 140cm dalam tempoh 1 minit
🤔 Kucing bergerak sejauh 800cm dalam tempoh 1 minit
Berdasarkan contoh di atas kucing bergerak lebih jauh berbanding siput dalam tempoh satu minit
Objek yang bergerak lebih laju mengambil masa yang lebih singkat untuk bergerak pada jarak yang tertentu
Contoh
Hafiz mengambil masa 18 saat untuk berlari sejauh 100 m
Hadif mengambil masa 14 saat untuk berlari sejauh 100 meter
Hadif lebih laju daripada Hafiz. Ini adalah kerana hadif mengambil masa yang lebih singkat untuk berlari sejauh 100 meter
Contoh soalan
Sebuah kereta mengambil masa 2 jam untuk sampai ke destinasi sejauh 240 km. Berapakah kelajuan kereta tersebut?
Kelajuan= Jarak/masa
=240 km/2 jam
=120km/j
Soalan
1. Apakah definisi secara operasi bagi kelajuan sebuah kereta yang sedang bergerak
________ yang dilalui oleh kereta itu dalam ______ yang tertentu
( masa/ jarak)
2. Apakah maksud kelajuan
_______________________
3. Namakan unit kelajuan mengikut sistem metrik_________________
4. Berikan satu contoh aktiviti di mana kelajuannya diukur dalam unit meter sesaat______________________
5. Sebuah kapal terbang mengambil masa 2 jam untuk bergerak sejauh 1900 km. Berapakah kelajuan kapal terbang tersebut?
Kelajuan= Jarak/masa
= 1900km/2 jam
=______________
6. Sebuah kereta bergerak selaju 70km/j dalam masa 30 minit. Berapakah jarak yang dilalui oleh kereta tersebut?
Kelajuan= Jarak/masa
70km/j = jarak/0.5 jam
Jarak = 70km/j × 0.5 jam
= ________km
nota ➡️ kenapa 0.5 jam?
Kerana jika kamu nak cari kelajuan untuk jarak KM maka kamu mestilah tukar unit minit kepada jam
Kerana jika kamu nak cari kelajuan untuk jarak KM maka kamu mestilah tukar unit minit kepada jam
Jadi ambil 30 minit bahagi 60 minit untuk jadikannya unit jam
30 minit/60 minit = 0.5 jam
➡️ Jika kita ingin mencari jarak maka kita harus
mendarab kelajuan dan masa (kelajuan x masa)
begini pengiraannya
70km/j × 0.5 jam = ______km
( kelajuan) (masa)
kelajuan x masa = jarak
Nak tahu jawapannya kenalah cari sendiri
Selamat mencuba
Selamat mencuba
Download 👇
Arahan
Jawab soalan subjektif pada ruangan komen. Tinggalkan alamat email kamu pada ruangan komen. Cikgu akan menandakan jawapan kamu dan emailkan kembali kepada kamu
Kamu telah sampai ke penghujung #kelasonlinecikgunurul komen jika kamu suka . Terima kasih kerana sudi meluangkan masa belajar secara santai di sini. Jangan lupa
- Follow blog cikgu
- Like page Facebook - Bahan Pembelajaran Sekolah Rendah
- Like dan share blog cikgu (facebook) - tanda like ada kat atas
- Subscribe Youtube cikgu
- Komen post cikgu - di bawah
Visitlah lagi blog cikgu, Terima kasih atas sokongan kamu
#kelasonlinecikgunurul
#pembelajarandigital
#belajarerabaru
SELAMAT MAJU JAYA
Regards
NURUL ASHIKIN
4 comments:
Bagus ni soalan ulangkaji utk anak2 waktu pkp..tq share done follow sini
Terima kasih cikgu azim
Done follow #8,
Nice entry..bgus untk ulangkaji
assalam..
baik cikgu. terima kasih ats pencerahan mengenai kelajuan
dgn lajunya juga yaya follow cikgu di sini..hehe ^,^
Post a Comment