Nurul Ashikin

We Fall, We Break,We Fail but then We Rise,We Heal,We Overcome


Wednesday, February 26, 2020

Pengenalan Mikroorganisma | Sains Tahun 6


Topik perbincangan : 
Pengenalan Mikroorganisma | Sains Tahun 6

J
angan lupa baca nota,view video pdpc,download nota untuk rujukan dan juga jawab soalan topikal. Anda boleh meninggalkan jawapan pada komen. Tinggalkan nama dan alamat email . Cikgu akan respon selepas selesai menyemak jawapan kamu nanti
  
 












ASSALAMUALAIKUM SEMUA

🐾Mikroorganisma merupakan hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar

🐾Organisma bermaksud
Benda Hidup

🐾Mikroorganisma bermaksud
Hidupan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar

🐾mikroorganisma hidup di tempat yang lembab ,udara dan suhu yang sesuai

🐾Mikroorganisma boleh didapati di udara,tanah,air dan dalam hidupan yang lain contohnya dalam badan manusia dan haiwan

Faktor pertumbuhan mikroorganisma
✅Suhu yang sesuai
Mikroorganisma tidak dapat hidup di tempat yang tiada udara
✅Udara
Mikroorganisma hanya boleh membiak pada suhu bilik
✅Keasidan
Mikroorganisma tidak dapat hidup di tempat yang terlalu beralkali dan berasid
✅Kelembapan
Mikroorganisma hidup di tempat yang mempunyai kelembapan yang mencukupi. Ia tidak dapat hidup di tempat yang terlalu kering
✅Nutrien
Mikroorganisma membiak dengan cepat jika mendapat makanan yamg membekalkan nutrien kepadanya

🐾Jenis mikroorganisma
  • fungi
  • protozoa
  • virus
  • bakteria
  • alga
Fungi
✅Terdapat fungi yang dapat dilihat dengan mata kasar dan terdapat fungi yang harus dilihat dengan menggunakan mikroskop
✅Kulat dapat dilihat dengan mata kasar

Protozoa
✅Ditemui di kolam,tasik dan sungai

Alga
✅Mempunyai sifat tumbuhan
✅Dapat membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis

Bakteria
✅Mikroorganisma yang sangat kecil
✅Wujud dalam pelbagai bentuk,saiz dan warna
✅terdapat dalam pelbagai persekitaran
✅ Contoh yis dan penicillium


Virus
✅Mikroorganisma yang paling kecil
✅Dapat dilihat di bawah mikroskop
✅Boleh hidup dalam badan manusia




 

🐾Proses hidup mikroorganisma

  • Bernafas
  • Bertumbuh
  • Bergerak


Download nota dan soalan pengenalan mikroorganisma

soalan

1.Tuliskan ciri-ciri mikroorganisma berikut
🐾Bakteria__________________________
🐾Virus_____________________________
🐾Alga______________________________

2. Nyatakan faktor pertumbuhan mikroorganisma
🐾_______________________________
🐾_______________________________
🐾_______________________________
🐾_______________________________
🐾_______________________________

3. Apakah proses hidup yang dijalankan oleh mikroorganisma
🐾_______________________________
🐾_______________________________
🐾_______________________________



Topik lain
  1. Interaksi Antara Haiwan
  2. Daya
  3. Geseran
  4. Kelajuan
Kamu telah sampai ke penghujung #kelasonlinecikgunurul komen jika kamu suka . Terima kasih kerana sudi meluangkan masa belajar secara santai di sini. Jangan lupa


  •  Follow blog cikgu
  • Like page Facebook - Bahan Pembelajaran Sekolah Rendah
  • Like dan share blog cikgu (facebook) - tanda like ada kat atas
  • Subscribe Youtube cikgu
  • Komen post cikgu - di bawah
Lawatilah lagi blog cikgu, Terima kasih atas sokongan kamu


SELAMAT MAJU JAYA
Regards
NURUL ASHIKIN
26032020




8 comments:

Nur zahra said...

1.ciri-ciri mikroorganisma
Bakteria:
*Sangat kecil,
*pelbagai warna,saiz dan bentuk.
*terdapat pelbagai persekitaran contoh udara,tanah,air dan makanan.

Virus:
*mikroorganisma yang paling halus
*hidup di dalam benda hidup
*hanya dapat dilihat di bawah mikroskop.

Alga:
*mempunyai sifat tumbuhan
*Mempunyai klorofil yang membolehkannya membuat makanan sendiri
*membuat makanan melalui proses fotosintesis

2.Faktor pertumbuhan mikroorganisma
*suhu yang sesuai
*udara
*keasidan
*kelembapan
*nutrien

3.proses hidup yang dijalankan oleh mikroorganisma:
*bergerak
*bertumbuh
*bernafas

Unknown said...

1 a) Organisma unisel
b) berukuran mikroskopik
c) cara pemakanan autotrofit
2. 1)nutrien
2)kelembapan
3)nilai pH
4)suhu
5)cahaya
3.1)bergerak
2)bernafas
3)bertumbuh
Muhammad Ariff Iskandar bin Suhardee


Unknown said...

1 a) Organisma unisel
b) berukuran mikroskopik
c) cara pemakanan autotrofit
2. 1)nutrien
2)kelembapan
3)nilai pH
4)suhu
5)cahaya
3.1)bergerak
2)bernafas
3)bertumbuh
Muhammad Aliff Iskandar bin Suhardee


Unknown said...

1.Bakteria:
*mikroorganisma yang sangat kecil
*wujud dalam pelbagai bentuk,saiz
dan warna

virus:
*mikroorganisma yang paling kecil
*boleh hidup di dalam badan manusia

Alga:
*mempunyai sifat tumbuhan
*dapat membuat makanansendiri
melalui proses fotosintesis
2.udara,suhu yang sesuai,keasidan,kelembapan dan nutrien.
3.*bernafas
*bergerak
*bertumbuh

ALYA FARZANA BINTI LOTFI

Unknown said...

1.Bakteria:
*mikroorganisma yang sangat kecil
*wujud dalam pelbagai bentuk,saiz
dan warna

virus:
*mikroorganisma yang paling kecil
*boleh hidup di dalam badan manusia

Alga:
*mempunyai sifat tumbuhan
*dapat membuat makanansendiri
melalui proses fotosintesis
2.udara,suhu yang sesuai,keasidan,kelembapan dan nutrien.
3.*bernafas
*bergerak
*bertumbuh

ALYA FARZANA BINTI LOTFI

Unknown said...

Munirah binti che rose
1A-organisma unisel
B-berukuran mikroskopit
C-cara pemakanan autotrofit
2A-nutrien
B-kelembatan
C-nilai PH
D-suhu
E-cahaya
3A-bergerak
B-bernafas
C-bertumbuh

Anonymous said...

.ciri-ciri mikroorganisma
Bakteria:
*Sangat kecil,
*pelbagai warna,saiz dan bentuk.
Virus:
*mikroorganisma yang paling halus
*hidup di dalam benda hidup
*hanya dapat di lihat di bawah mikroskop
Alga:
*mempunyai sifat tumbuhan
*Mempunyai klorofil yang membolehkannya membuat makanan sendiri
*membuat makanan melalui proses fotosintesis

2.Faktor pertumbuhan mikroorganisma
*suhu yang sesuai
*udara
*keasidan
*kelembapan
*nutrien

3.proses hidup yang dijalankan oleh mikroorganisma:
*bergerak
*bertumbuh
*bernafas
NAJWA BINTI AIZAM

Unknown said...

👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍

COPYRIGHT RESERVED 2020 NURUL ASHIKIN