Nurul Ashikin

We Fall, We Break,We Fail but then We Rise,We Heal,We Overcome


Thursday, September 13, 2018

MARI MENGENALI KANSER





3 MUHARRAM 1440H
13/9/2018
KHAMIS

Assalamualaikum semua


Lately kita dapat dengar banyak kematian yang disebabkan oleh kanser. Menurut kajian, seramai 19k daripada 100k rakyat Malaysia mengidap kanser. Rujuk sini.


Apa itu kanser? bagaimana ia merebak? apa puncanya? Kita seharusnya ambil tahu semua fakta mengenainya. Dengan itu kita dapat mencegah dan menjauhi dari diserang penyakit yang membawa maut ini.

Let start dengan apa itu kanser😢



Kanser berpunca daripada pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal ðŸ˜· di dalam badan.Hal ini adalah kerana sistem imun badan gagal berfungsi untuk melindungi tubuh badan manusia .


Dalam tubuh badan seorang manusia yang normal terdapat bertrillion sel hidup. Sel tersebut akan berkembang dengan berpecah menjadi sel baru. Sel lama pula akan mati dengan teratur dan begitulah seterusnya proses perkembangan sel dalam badan manusia.


sel hidup dalam badan seorang kanak-kanak bekerja lebih kuat daripada orang dewasa. Ia berpecah dengan lebih cepat untuk membantu proses tumbesaran manusia. Manakala sel hidup hanya akan berpecah untuk menggantikan sel rosak dalam badan manusia dewasa.



Bagaimana kanser bermula?😱


Sel kanser mula memasuki tubuh badan manusia apabila sel tumbuh di luar kawalan. Sel-sel tersebut umpama penceroboh yang tumbuh secara luar biasa dan berbeza dari sel normal malah dia tidak mati--- yesss tak mati...

take note 😲. Seterusnya sel tak normal itu menyerang tisu lain yang membuatkan sel menjadi sel kanser.


Sel kanser akan bertambah cepat merebak andainya sistem imun badan lemah dan tidak melawan sel tak normal tersebut. Sistem imun badan yang sihat dan aktif berupaya melawan agen karsinogenik (agen kanser) daripada memasuki tubuh badan.


Sel kanser akan menang jika ia berjaya mengalahkan sistem pentahanan badan (sistem imun) Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser. Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.
credit



Berdasarkan fakta di atas, kita harus menjaga sistem imun badan yang bertindak sebagai pertahanan badan kita dari sel kanser agar ia tidak dapat menyerang mana-mana anggota tubuh kita.


thanks sudi membaca, jangan lupa follow dan komen yea😉

Assalamualaikum-- piss

No comments:

COPYRIGHT RESERVED 2020 NURUL ASHIKIN